Assalamualaikum...
Rentetan dr en3 aku sebelum nie, aku rasa macam tak puas lg utk bercerita tentang Firaun nie.. Bagi pendapat aku yg tak cerdik nie, dizaman moden seperti sekarang masih wujud lg Firaun yg hidup bersama-sama kita. Kalau zaman dulu Firaun itu nyata boleh dilihat tetapi berbeza sedikit di zaman sekarang kerana dizaman ini Firaun itu hanya terletak pada sifat dan sikap seseorang manusia itu.. Itulah kesimpulan aku.
Kebanyakan manusia dizaman sekarang nie dah takut pada kematian sedangkan kematian itu merupakan janji kita pada Allah s.w.t. Bagaimana utk kita nk elak drpd mati? Lebih kurang dengan Firaun juga yg takut pada mati sehingga sanggup meminta supaya mayatnya diawet drpd reput, membina piramid sebagai rumah selepas kematian agar dia peroleh kehidupan baru atau supaya malaikat maut tak dpt nak cabut nyawa.. hihihihi.. orang Melayu pun dah ramai yg nak jadi lagu tu.. Bila duit banyak, rumah besaq, kereta besaq, hati pun mulalah lupa pada janji asal kita.. Takut sanggat hilang harta di dunia ini..
Persamaan yang lebih jelas ialah cubaan utk menjadi Tuhan.. Yang nie pun ramai juga yg dok ikut cuma beza dia belum ada lagi orang Melayu minta supaya diri dia disembah. Tak payah la kita cerita lebih dalam, persoalan biasa saja tentang solat.. sebenar-benar siapa yg solat?.. ada Ulama dahulu kata solat itu hanya pada niat.. lagu mana pulak tu?.. tetapi rata-rata masyarakat kita anggap bahawa diri mereka yg sembahyang dan ini akan menimbulkan sedikit sebanyak rasa riak didalam diri kalau masih belum sedaq diri.. Seperti yg pernah yg aku cerita dulu dlm en3 aku tentang kisah Tabligh..
Manusia mula hilang arah sehingga yg Hak itu sudah hilang akan kebenarannya pada mata masyarakat.. Kerana Islam itu telah bercabang2 dengan dunia dah semakin tua.. Negara Mesir pun dah mula banjir, gempa bumi, gunung berapi, buang anak, maksiat dah jadi lali kepada masyarakat kita seperti tiada siapa yg kisah lagi. Zaman aku kecik2 dulu laa.. kalau maksiat nie memang jarang2 dengaq.. kalau ada pun org panggil tangkap basah, apatah lagi kes buang anak, beranak dalam tandas..
Walau apa pun, semuanya adalah Afaal Allah s.w.t jua.. sama ada yg baik mahupun yg buruk supaya manusia itu menjadikan iktibar dari segala kejadian. Kita sebagai manusia biasa juga terhukum oleh kesalahan dan dosa masyarakat disekeliling kita. Jadi dalam perkara yg cam nie, kita sama-sama bersalah kerana kepimpinan yg ada terbukti gagal untuk menerajui negara sebagaimana kehendak Islam.. Jom la kita pikiaq sama-sama...
Wallahualam...
Member Aku:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
assalamualaikum...,
abang makin handsome ilmu pun handsome pakai kaca mata hitam lagi handsome...
banyak sangat orang dan berbondong-bondong orang nak buat baik dengan tuhan malah ada yang paranoid dengan tuhan. semuanya nak jaga hubungan dengan tuhan namun banyak orang(akulah tu) luper sebenarnya tuhan itu adalah zat yang wujud lagi maujud.... sehinggalah terlupalah banyak orang atau buat-buat lupa dari melaksanakan hubungan dengan makhluk.... mungkinlah kerana jika menjaga hubungan sesama makhluk akan menyusahkan diri lantaran menjaga hubungan kepada tuhan tak memerlukan modal kalu nak keluar modal pun cumer seringgit setiap kali jumaat berlangsung 4kali dalam sebulan.
kerana dialah zat yang wujud lagi maujud
masih banyak lagi orang-orang menjadi scarecrow
Kekadang kita tak sedar ada firaun dalam diri kita juga...
waalaikumsalam...
terima kasih kerana sudi memberi komen.. memang betul kekadang kita tak sedar yg Firaun itu adalah dalam diri kita..
sesamalah kita utk nasihat menasihati diantara satu sama lain agar kita tak terlalu jauh lari dr landasan kebenaran..
Kepada saudaraku Zakir:carilah ilmu yg sebenar ilmu dr guru yg murshid.. Aku nie nak citer tentang Zat, tak berapa pandai.. tetapi masih ada lg guru murshid di zaman kita.
wasalam...
Catat Ulasan