
Kebenarannya, aku tak ambik pot sangat dengan cerita sensasi ini.. cuma baru semalam aku tersedar untuk menulis tentang pandangan aku berkenaan isu panas ini. Sewaktu aku dok jalan2 ke blog kekawan aku terjumpa en3 dari blog Pak Karamu bertajuk 'Tanggunglah Dosa'.. di awal nukilan dia nampak cam marah sangat sampai ada perkataan gila babi... hihihihi “relaks Ustaz takut nanti kena darah tinggi plak”.


Apakah rasionalnya pihak pemerintah boleh membenarkan tayangan video lucah ini kpd peserta kursus BTN, mahasiswa dan di pejabat Kemas?
Apakah hukum menayangkan filem lucah ini?
Tidak terfikirkah bahawa kursus2 kerajaan ini bercampur antara lelaki dengan perempuan dan dimana letaknya nilai moral dan harga diri pemerintah kita?
Jika ini apa yang berlaku, adakah pemimpin yang seperti ini yang patut kita juangkan?
Apakah kita juga ingin subahat bersama mereka yang sememangnya lebih teruk nilai diri daripada binatang...
TIAP YANG HIDUP AKAN MATI DAN JIKA BENAR KITA MENGTAUHIDKAN ALLAH SEBAGAI TUHAN YANG SATU MAKA BERUBAHLAH DEMI KEBAIKAN DAN BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.
DUNIA INI PENUH DENGAN KEPURA-PURAAN....p/s: maklumat diatas didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau PinangDato' Mansor Othman